UMAT Islam diberi kebenaran untuk meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada akhir bulan depan, tetapi ibadat korban hanya boleh dilakukan di tempat tertentu, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Kebenaran kerajaan itu dibuat selepas sekatan terhadap sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu, yang turut melarang orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menghentikan penyebaran Covid-19.
“Kebenaran untuk menyembelih haiwan korban adalah di tempat di Wilayah Persekutuan. Negeri lain mesti mendapat persetujuan dari badan agama negeri masing-masing.
“Sembelihan hanya boleh dilakukan di masjid, surau, rumah sembelihan dan tempat tertentu yang dibenarkan oleh majlis agama,” jelasnya pada taklimat medianya.
Hari Raya Aidil Adha bakal disambut pada 28 Julai.
Bercakap lebih lanjut, Ismail berkata hanya 30 orang dibenarkan menguruskan lembu (untuk disembelih).
“Dari menyembelih lembu hingga mengagihkan daging kepada yang memerlukan, hanya 30 orang sahaja dibenarkan menguruskan lembu.
“Mereka juga perlu memaklumkan kepada pusat kesihatan daerah,” kata Ismail.
Sebelum ini kerajaan tidak membenarkan sambutan Aidilfitri tetapi Putrajaya membenarkan orang ramai mengunjungi saudara-mara atau jiran terdekat yang tinggal di negeri yang sama.
Perjalanan rentas negeri dilarang di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat atau PKPB yang lalu.
Malaysia kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan, kerana kerana ingin merangsang ekonomi negara.
Tinggalkan komen anda