‘Kalau khabar angin tentu tak benar, sebab…’


shadow

Bekas menteri pelancongan, seni dan budaya, Mohamaddin Ketapi hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau bakal membuat pengumuman untuk meninggalkan parti yang menjadi kerajaan di Sabah, Warisan.

Keyataan itu dibuat ekoran pertanyaan Malaysiakini mengenai khabar angin yang memaklumkan bahawa Mohamadddin akan membuat tindakan tersebut esok.

Ketika dihubungi, Mohamaddin menafikan khabar angin tersebut.

“Kalau khabar angin tentu sekali tidak benar, sebab angin meniup dari segenap arah yang tidak menentu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi aplikasi WhatsApp.

Ini adalah kali kedua beliau mengesahkan bahawa tidak akan meninggalkan Warisan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mendakwa Mohamaddin dihubungi beberapa kali oleh bekas menteri luar Anifah Aman supaya meninggalkan Warisan.

Mohd Shafie berkata tiga kali bekas menteri luar itu menghubungi wakil rakyat berkenaan sebanyak tiga kali supaya melompat parti.

Namun, pada 11 Jun, Mohamaddin berkata bahawa beliau tetap akan bersama Warisan walaupun banyak pihak termasuk Anifah memujuk untuk meninggalkan Warisan.

Sambil memberitahu bahawa permintaan dan pujukan daripada seseorang agar meninggalkan parti adalah “perkara biasa”, Ahli parlimen Lahad Datu menegaskan bahawa masih dengan pendirian dan kekal bersama Warisan.

Tinggalkan komen anda