COVID-19: Patuhi SOP, amal normal baharu


shadow

Memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan menggesa orang ramai tetap patuh normal baharu, walaupun kebanyakan sektor industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kehidupan dijalankan seperti biasa, normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan perlu terus dipatuhi oleh setiap individu.

“Jalan raya yang semakin sesak, terutama di waktu puncak menunjukkan sebilangan besar rakyat Malaysia telah memulakan rutin harian seperti biasa.

“Tetapi perlu diingatkan, normal baharu yang saya kira telah mula menjadi amalan rakyat seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial perlu terus dipatuhi,” katanya.

Ismail Sabri turut berkata, normal baharu ini juga perlu diteruskan dalam tempat tumpuan seperti di pasar raya.

“Di pasar raya, jumlah pengunjung dan pelanggan mesti dikawal seperti dulu.

“Walaupun satu hari nanti PKPP ditamatkan, amalan kawalan kendiri tetap mesti diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.

Tinggalkan komen anda