Covid-19: Kluster baru dikesan di Labu Lanjut


shadow

Satu kluster baru Covid-19 dikesan di Labu Lanjut, Sepang, melibatkan lima kes positif setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster berkenaan ialah seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang yang dikesan positif pada 5 Jun lepas.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) mendapati bahawa empat ahli keluarga beliau iaitu dua orang anak dan dua cucu juga telah dikesan positif Covid-19.

“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini seramai 29 orang kontak rapat telah dikenal pasti serta disaring, dan daripada jumlah itu 25 kontak rapat didapati negatif Covid-19.

Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun penularan Covid-19 disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung, kata beliau. 

– Bernama

Tinggalkan komen anda