Transformasi SME Bank Bantu Usahawan PKS


shadow

Nama SME Bank tidak asing lagi dikalangan usahawan-usahawan tempatan. Semuanya sudah maklum akan peranan dan jasa SME Bank dalam melonjakkan ekonomi negara menerusi bantuan pembiayaan yang diberikan kepada usahawan.

Melalui program transformasi yang dirangka Aria Putera Ismail, ia terus membawa SME Bank melonjakkan pembangunan organisasi seperti yang dimandatkan oleh Bank. Beliau telah memastikan usaha yang konsisten dilakukan untuk memperkukuhkan kemampuan Bank dalam mengembangkan PKS tempatan sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam meningkatkan sumbangan pihak bank kepada KDNK negara.

Dengan pengembangan yang dilakukan, SME Bank telah merangka Pelan Pengurusan Prestasi (PMF) yang baru seperti yang diperkenalkan oleh Bank Negara untuk memastikan kualiti output yang lebih tinggi oleh Bank dan pekerjanya.

Selain itu, bagi melicinkan lagi kemajuan SME Bank, dibawah kepimpinan Aria, beberapa pelan telah dirangka dan ia termasuklah:

*Agenda Transformasi Digital*

Melalui Program Pecutan Dua Tahun 2019-2020 Bank, Aria menetapkan arahan dan inisiatif baru untuk meningkatkan perkhidmatan Bank dan ini termasuklah dengan menerajui Platform Digital PKS Nasional.

Pelan ini juga telah diiktiraf sebagai ‘Game Changer’ untuk sektor PKS.

Dalam masa yang sama, menerusi tranformasi ini SME Bank berjaya melancarkan dua inisiatif utama iaitu ScoreXcess dan ODELA.

*ScoreXcess – Dilancarkan pada 30 September 2019*

ScoreXcess merupakan platform aplikasi pembiayaan digital yang membolehkan PKS peringkat mikro memperoleh keuntungan dengan lebih mudah.

Malah, akses pembiayaan dari rakan peserta yang terdiri daripada Pembiayaan Pembangunan Institusi dan Organisasi Pembangunan Usahawan juga dapat dilakukan dengan lebih mudah.

ScoreXcess disokong dengan ‘Artificial Intelligence (AI) and Machine Learning’ dan dengan skor kredit yang bersilih ganti yang membolehkannya menganalisis kelayakan kredit usahawan.

Keupayaan ScoreXcess AI memudahkan keputusan berdasarkan data dengan lebih mudah dan mempercepatkan proses kelulusan.

Pada tahun 2020, SME Bank berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak agensi untuk menjadi sebahagian daripada Platform ScoreXcess untuk memastikan lebih banyak PKS dapat mengakses pembiayaan terutamanya dalam segmen usahawan Mikro dan Kecil.

o Jumlah permohonan pada 7 April 2020: 851 permohonan
o Dihantar ke agensi untuk diproses: RM12,520,000.00 (48 penghantaran).

*ODELA – Dilancarkan pada 3 Disember 2019*

ODELA, merupakan antara inisiatif ‘Game Changer’ dalam landskap perniagaan SME dengan menyediakan akses ke platform e-dagang yang lebih sistematik dan bermaklumat terutamanya untuk perniagaan-ke- aktiviti perniagaan (B2B).

ODELA memanfaatkan teknologi baru dan direka khas untuk membolehkan pengusaha
melakukan transaksi, memudahkan pertukaran, memupuk inovasi dan perkongsian ekosistem secara meluas.

Inisiatif ini akan mengubah landskap sektor PKS negara dan ia adalah sebahagian daripada perkhidmatan pembiayaan luar yang diberikan oleh SME Bank dan CEDAR.

Melalui initiatif ini, SME Bank mensasarkan ODELA mencapai urus niaga bernilai RM9.8 bilion dalam tempoh 5 tahun.

Dengan tranformasi-transformasi yang dilakukan Aria, ia ternyata memberi manfaat bukan sahaja kepada SME Bank sendiri malah ia turut memudahkan urusan dilakukan oleh pelanggan.

Initiatif transformasi yang dilakukan ternyata memberikan pembatasan yang jelas pada segmen yang disasarkan. Malah, ianya juga telah mewujudkan sinergi yang lebih besar antara agensi dan dalam

Apa yang paling penting, SME Bank mengamalkan sistem kewangan berlandaskan shariah.

Makna kata, pembiayaan yang diberikan adalah berdasarkan sistem kewangan Islam dan sudah tentu ia diyakini.

Tinggalkan komen anda