SME Bank Semakin Melonjak Di bawah Kepimpinan Baru


shadow

Ramai rakyat Malaysia terutama yang menjalankan perniagaan tahu bagaimana SME Bank membantu mereka dalam menjana pendapatan menerusi pembiayaan dan khidmat nasihat yang diberikan.

Sejak dahulu lagi, pelbagai skim atau pakej pembiayaan perniagaan telah ditawarkan bagi membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Namun, tidak ramai yang tahu di sebalik jatuh bangun SME Bank, siapakah yang telah membawa bank ini terus maju ke hadapan.

Antara individu yang bertanggungjawab dibelakang SME Bank sekarang ini adalah Aria Putera Ismail, iaitu Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Bank.

Dengan 20 tahun pengalaman dalam bidang perbankan jelas menunjukkan Aria adalah individu yang tepat untuk menerajui SME Bank.

Kepakaran dalam aspek kewangan shariah serta mampu membuat rundingan yang membawa hasil ternyata mampu melonjakkan lagi Bank ini.

Apa tidaknya, di bawah kepimpinan Aria, SME Bank telah ditransformasikan dengan pelbagai tawaran hebat kepada pelanggan selain menyediakan pelbagai khidmat kewangan. Ini sekaligus mendekatkan Bank ini kepada para usahawan.

Transformasi ini berjaya dilakukan hasil daripada sinergi serta hubungan yang baik antara Aria, Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan SME Bank. Kerjasama erat ini telah membolehkan SME Bank melangkah jauh dan dalam masa yang sama aspek pengurusan dapat dilaksanakan dengan licin.

Kepimpinan Aria dalam menerajui SME Bank tidak boleh disangkal lagi, beliau yang sememangnya lebih mesra dengan semua kakitangan ternyata mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan baik. Dan ia sekaligus akan melonjakkan lagi kualiti Bank ini.

Bagi Aria, aspek kerja berkumpulan tidak harus diketepikan. Majikan dan kakitangan perlu ada hubungan baik bagi membolehkan sistem kerja dilaksanakan secara teratur.

Jika semuanya senang hati, maka kerja pun akan lancar. Namun, walaupun pendekatan ini digunakan, tidak bermakna Aria memandang enteng setiap permasalahan yang timbul.

Atas sebab keperibadian ini, Aria disenangi dan diyakini oleh lembaga pengarah dan barisan kepimpinan tertinggi syarikat.

Apa yang penting adalah keseimbangan dari segi kepimpinan dan hubungan sesama pekerja.

Tinggalkan komen anda