Mana-mana premis yang didapati melanggar tatacara operasi standard selepas dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini akan ditutup.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengusaha Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit masih berkuatkuasa semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat.
“Tak ada kompromi,” katanya pada sidang media hari ini.
“Semua rakyat perlu patuh, cuma kita ada beri sedikit kelonggaran.”
Tinggalkan komen anda