PKPD di Selayang Baru dilanjutkan untuk kali kedua


shadow

Kerajaan melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru untuk kali kedua, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Katanya, langkah itu diambil bagi memberikan lebih masa untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melengkapkan proses saringan penduduk di situ.

“Mungkin untuk tempoh dua atau tiga hari lagi dan selepas itu kerajaan akan umumkan tarikh tamat PKPD di Selayang Baru,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Tiga kawasan yang terbabit dalam PKPD itu ialah:

  • Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru
  • Zon D: Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru
  • Zon E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru
  • Zon F: Block A, B dan C, Selayang Makmur

Kawasan Selayang Baru diletakkan bawah PKPD mulai 25 April lalu sebelum dilanjutkan kali pertama pada 4 Mei. Ia sepatutnya tamat esok.

Menurut Ismail, esok PKPD di beberapa kawasan di Pusat Bandar Utara memang akan ditamatkan.

Kawasan yang tidak lagi dikenakan PKPD mulai esok ialah:

  • Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara
  • Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara
  • Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D
  • Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D
  • Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B
  • Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar

Menurut Ismail Sabri, kakitangan KKM sudah menyelesaikan ujian saringan Covid-19 ke atas semua penduduk di situ.

Tinggalkan komen anda