Melaka, Perak, Pulau Pinang tertinggi cuba rentas negeri


shadow

 Penduduk di tiga negeri iaitu Melaka, Perak dan Pulau Pinang dikesan antara paling ramai cuba merentas negeri dipercayai untuk pulang kampung menyambut Aidilfitri.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua individu yang menggunakan alasan itu diarah untuk berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tiba di sekatan jalan raya.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 886 kenderaan di Melaka cuba merentas negeri, sekali gus menjadi rekod tertinggi, disusuli Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Tinggalkan komen anda