MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Timbalan Pendakwaraya Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu menerusi mesej WhatsApp yang ditetapkan oleh mahkamah itu pada 19 Mei untuk pengurusan kes menetapkan tarikh perbicaraan baharu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pengurusan kes akan bermula 9 pagi.
Perbicaraan itu pada mulanya dijadual diteruskan pada 13 April tetapi ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Setakad ini, pihak pendakwaraya memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan.
Zahid, 67, berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripada membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. – Bernama
Tinggalkan komen anda