Sebanyak 1,248 kenderaan semalam cuba “curi-curi” balik kampung diarah polis berpatah balik, ketika negara semakin mendekati Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini berkata angka itu naik sekali ganda berbanding 508 kenderaan diarah berpatah balik kelmarin.
Masih ada rakyat cuba balik kampung,” katanya, sambil mengingatkan orang ramai supaya patuhi arahan pihak berkuasa kerana pesalah berdepan hukuman denda.
Kepada mereka yang terlepas ke kampung, Ismail berkata tiada jaminan mereka akan terlepas apabila pulang ke rumah masing-masing nanti.
“Jangan gembira sangat,” katanya.
Beliau menjelaskan selain kesalahan merentas negeri, keluarga yang beraya melebihi 20 orang pada satu-satu masa juga melakukan kesalahan.
Ismail memaklumkan sebanyak 147 sekatan jalan raya didirikan di sempadan negeri, dengan 218,027 kenderaan diperiksa.
“Semalam polis menahan 132 individu atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard, yang mana semua 132 individu direman.
Tinggalkan komen anda