KKM sasar penurunan kes baru kepada 1 angka bermula 12 Mei


shadow

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berharap sasaran satu digit kes baru Covid-19 boleh dicapai pada 12 Mei ini.

Beliau berkata Malaysia terlambat seminggu bagi mencapai sasaran itu.

“Sekarang kita boleh kurangkan kes (baru setiap hari) kepada dua angka. Jika kita lihat kepada model (yang dibuat KKM), kita sudah tertinggal seminggu.

“Kita anjakkan (sasaran) mungkin kepada 12 Mei untuk capai kes dua angka (yang lebih rendah) atau satu angka,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan unjuran KKM sebelum ini bahawa Malaysia akan menyaksikan kes baru sebanyak satu angka sahaja bermula 5 Mei (semalam).

Katanya lagi, apa yang penting adalah kes baru dalam jumlah yang terkawal agar kemudahan kesihatan dapat menampungnya.

Beliau juga menegaskan bahawa usaha yang dilakukan sepanjang tiga fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah membuahkan hasil, iaitu penurunan jumlah pesakit di hospital, termasuk yang memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tinggalkan komen anda