Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


shadow

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial di buka semula.

Katanya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

“Dalam melaksanakan PKPB aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Perdana Menteri berkata, pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia berikutan jumlah kes baharu COVID-19 turun, manakala kes sembuh meningkat.

Beliau berkata kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal di bawah PKPB.

Katanya, semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpunan ramai seperti bola sepak masih tidak dibenarkan.

Tinggalkan komen anda