Kawasan di Selayang, sekitar Chow Kit dikenakan PKP Diperkasakan


shadow

Dua kawasan di Selayang dan satu di Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) Diperkasakan.

Sumber Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMC) berkata kedua-dua kawasan itu kini diletakkan bawah perintah PKP diperkasakan dan bukannya perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

“Boleh keluar masuk tapi keselamatan diperketatkan sikit,” kata sumber itu.

Sebelum itu, seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kepada Malaysiakini  bahawa Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang, serta Jalan Raja Bot berhampiran pasar Chow Kit dikenakan perintah itu bermula antara lewat malam tadi hingga awal pagi ini.

Penduduk di kawasan itu mula memuat naik hantaran berkenaan perintah itu  media sosial awal pagi tadi, dengan video menunjukkan pihak berkuasa menutup kawasan itu dengan kawat duri.

Semalam Menteri Kanan (kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di beberapa kawasan di Selayang Baru dan Bandar Baru Utara akan dilanjutkan.

Kementerian Kesihatan pula berkata pasar Chow Kit menjadi kluster baru Covid-19 terbesar, dengan 16 kes daripada penularan tempatan.

Tinggalkan komen anda