Hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka 4 Mei


shadow

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini mengumumkan bahawa hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka 4 Mei ini.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan datan yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.

“Bermula 4 mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk syarat dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, masih ada beberapa industri dan perniagaan tertentu tidak dibenarkan beroperasi.

Tinggalkan komen anda