Covid-19 di Malaysia: 30 kes baru, 17 melibatkan warga asing


shadow

Malaysia mencatatkan 30 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,762 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada tiga kes import dan 27 kes jangkitan tempatan.

Jelas Noor Hisham, daripada 27 jangkitan tempatan, 17 kes melibatkan warga asing dan 10 kes melibatkan warga tempatan.

Sementara itu, 95 lagi pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,330 atau 81.55 peratus daripada keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,317.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Tinggalkan komen anda