Audio PM di MMT Bersatu Tersebar


shadow

Satu rakaman audio suara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU pada 23 Februari lalu tersebar di media-media sosial.

Rakaman suara berkenaan menyatakan bahawa, Muhyiddin serta semua Ahli Majlis Tertinggi parti telah bersetuju sebulat suara untuk mengikut apa sahaja keputusan Pengerusi Parti, Tun Mahathir Mohamad.

“Dan dikala itu, kita tunggulah sehingga Tun adakan perjumpaan dengan Ketua Presiden Parti… Ok we will wait for one week then we will become sober.

“Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalation but we still the government.

“So kalau mungkin wajar, munasabah dan nak hari ini kalau boleh kita tamatkan mesyuarat kita pada dasar lepas tu kita beri mandat kepada Tun… Setuju!!!,.

“Kalau tak dapat mandat, kita mesyuarat sekali lagi. OK?. Berilah mandat pada Tun” katanya dalam rakaman audio terbabit.

Apa yang dilihat, rakaman itu diambil sebelum berlakunya perjumpaan rahsia di Hotel Sheraton.

Difahamkan, Muhyiddin adalah antara individu yang secara rahsia mengumpulkan ahli-ahli majlis tertinggi BERSATU di Hotel Sheraton.

Dalam pada ingin memberi mandat kepada Tun Mahathir, akhirnya Muhyiddin sendiri telah merampas mandat tersebut menerusi tipu helah.

Tinggalkan komen anda