31 disaman menjelang Syawal


shadow

Seramai 31 orang disaman atas pelbagai kesalahan dalam operasi ronda cegah kemalangan di Jalan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali, berkata operasi sekitar jam 5 petang itu membabitkan seorang pegawai dan tujuh anggota.

Beliau berkata, kebanyakan saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan tidak memakai topi keledar .

“Selain kesalahan tidak memakai topi keledar pengguna juga tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memasang cermin sisi dan memiliki insuran.

“Pengguna mengabaikan keselamatan di jalan raya dan boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Basri berkata, sebanyak 77 pemeriksaan telah dilakukan ke atas pemandu dan 66 pemeriksaan ke atas kenderaan.

“Polis mengeluarkan saman supaya pengguna jangan pandang remeh soal keselamatan jalan raya dan mesti mematuhi undang-undang.

“Ramai mereka yang tidak memakai topi keledar dan cuai boleh mengundang bahaya sekiranya terjatuh atau terbabit dalam kemalangan

“Bagaimanapun tidak ada kenderaan mereka disita dan tangkapan dilakukan ,” katanya.

Tinggalkan komen anda