Warga emas maut, dapur rumah runtuh


shadow

KUCHING – Seorang warga emas maut kerana terperangkap di bahagian dapur rumahnya yang runtuh secara tiba-tiba, di Lorong Teruntum 2 Wawasan Jaya, Kampung Semariang Batu di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.25 pagi tadi, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Awang Affendi Awang Daud, terlibat dalam operasi mengeluarkan warga emas tersebut.

Pusat Gerakan Bomba Sarawak berkata, mangsa Hajijah Mahtar, 72, disahkan meninggal dunia oleh pihak Jabatan Kesihatan akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

“Rumah itu jenis struktur tidak kekal berukuran 30 kaki x 15 kaki (9 x 4.6 meter) dan dianggarkan telah runtuh 30 peratus pada bahagian dapur.

“Kejadian dipercayai berlaku kerana struktur rumah yang usang,” menurut pusat gerakan itu dalam satu kenyataan.

Tinggalkan komen anda