Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Menurut beliau, selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin bersekongkol dengan UMNO, dia tidak akan sesekali menjadi sebahagian dari PN.
Tun Mahathir menambah, tindakan Muhyiddin Yassin keluar dari Pakatan Harapan, tidak menjadi persoalan dan tidak memerlukan kemaafan secara peribadi.
Ini kerana katanya, ia merupakan permainan politik biasa dan menjadi lumrah dalam salahgunakuasa dan kedudukan jadi tidak ada kena-mengena.
Terdahulu, PN dianggotai gabungan Barisan Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Gagasan Sejahtera dan Gabungan Bersatu Sabah dan disokong oleh Gabungan Parti Sarawak.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai Pakatan Harapan dapat mentadbir kerajaan kembali.
Beliau berkata, kerajaan negara ini dikenali sebagai kerajaan Melayu-Muslim. Pilihan raya seterusnya akan berubah, bukan tertumpu pada pengundi Melayu-Muslim sahaja tetapi Cina dan India juga mempunyai pengaruh kuat.
Kemungkinan PH mampu untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya ke-15
Tinggalkan komen anda