Tony Fernandes Nak Gunakan Wang Kerajaan Untuk Selamatkan Air Asia?


shadow

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Virgin Australia Airlines telah pun diisytihar muflis dan perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada AirAsia tidak lama lagi.

Perkara ini tidak seharusnya dilakukan oleh kerajaan walaupun Kementerian Kewangan (MoF) begitu menginginkannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Money (salah satu jenama Tony Fernandes) dan CIMB bank, dan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu diingatkan bahawa;

Wang pembayar cukai mesti digunakan untuk membantu rakyat dan bukan syarikat awam seperti AirAsia & AirAsia X.

Umumnya, Eksekutif AirAsia 1 dan 2 yang diketahui menerima rasuah sebanyak RM205 juta dari Airbus. Ini adalah keputusan dari Mahkamah Mahkota di UK pada Januari 2020.

Tony Fernandes, CEO AirAsia dilaporkan mempunyai simpanan tunai RM2.5 bilion dan dijangka dapat bertahan hingga akhir tahun ini. Beliau dan Kamaruddin Meranun menjadi kaya-raya malah pernah menjadi pemilik QPR Football Club, Caterham Formula 1 Racing Team dan banyak perniagaan lain.

Mereka berdua adalah ‘supremos’ di AirAsia justeru lebih mampu mengendalikan AirAsia dan AirAsia X daripada ia terus bergolak. Mengapa mahu membebankan kerajaan?

Rakyat yang paling menderita jika AirAsia ditutup, mereka terutamanya yang bergaji harian dan pekerja-pekerja ini memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Ketika perniagaan masih baik dan berjalan lancar, pihak AirAsia telah mengenakan caj pemprosesan kad kredit dan debit kepada pengguna, termasuk caj tersembunyi lain yang telah dilarang oleh MAVCOM. Kedua-dua AirAsia dan AirAsiaX telah didenda oleh MAVCOM sebanyak dua kali kerana mengenakan caj tersembunyi.

Pada waktu getir pula, Tony Fernandes menyukarkan pengguna dengan meminta bayaran balik tiket mereka untuk penerbangan yang dibatalkan kerana Covid 19. Pengguna mempunyai hak mutlak untuk menerima bayaran balik untuk harga tiket dan PSC.

Ia perlu diberi perhatikan apabila pengguna membatalkan penerbangan mereka, AirAsia atau AirAsiaX akan kehilangan harga tiket, oleh itu, tiada apa yang dapat dilakukan oleh pengguna mengenai perkara itu!

Kini Tony Fernandes meminta pinjaman kepada kerajaan untuk membantu AirAsia dan AirAsiaX yang sedang tenat. Adakah ini satu lawak?! Kerajaan bukan bank untuk syarikat meminta bantuan.

Sekiranya Tony Fernandes atau jenamanya yang lain seperti AirAsia, AirAsiaX, Tune Money, Tune Talk, QPR, Big Pay dan pelbagai lagi memerlukan pinjaman, sila pergi ke ‘bankernya’ seperti CIMB untuk mendapatkan bantuan. Terserah kepada bank tersebut untuk memberikan pinjaman atau apa pun kepada Tony.

Seeloknya, lebih baik Tony gunakan wang simpanannya berjumlah RM2.5 billion untuk membayar gaji pekerja Air Asia untuk tempoh 6 bulan akan datang.

Tony perlu ingat, wang kerajaan bukan tabung kewangan kecemasan untuk syarikat. Tugas utama kerajaan adalah menyelamatkan rakyat pada masa-masa sukar dan bukan syarikat seperti AirAsia dan AirAsia X.

Tinggalkan komen anda