Tidak ada kebebasan penuh selepas tamat tempoh PKP, kata Ismail Sabri


shadow

RAKYAT Malaysia tidak akan mendapat kebebasan sepenuhnya untuk bergerak walaupun selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Akan ada prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi.

“Sebagai contoh perhimpunan awam tidak dibenarkan walaupun PKP sudah berakhir.

“Sebarang aktivit melibatkan ramai orang pada satu-satu masa adalah dilarang,” katanya pada sidang media harian mengenai isu keselamatan Covid-19 di Putrajaya hari ini. 

Minggu lepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perhimpunan awam tidak boleh diadakan sekurang-kurangnya dalam masa enam bulan akan datang walaupun selepas tamat tempoh PKP.

Ismail Sabri juga berkata kerajaan sedang membincangkan prosedur operasi standard baharu bagi operasi perniagaan dan pergerakan sosial selepas berakhirnya PKP.

Hari ini beliau berkata tiada keputusan dibuat sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak.

“Buat masa ini kami belum membuat apa-apa keputusan. Jika ada kami akan buat pengumuman. 

Tinggalkan komen anda