Rakyat Masih Belum Sedar Walau Tangkapan Dibuat


shadow

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ramai lagi rakyat yang boleh dikategorikan sebagai bebal dan masih melanggar arahan berkenaan.

Tangkapan demi tangkapan telah dibuat namun masih juga ada rakyat yang keluar tanpa alasan yang munasabah.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, akibat kedegilan orang ramai ini, Malaysia kini mengalami masalah kebanjiran pesalah yang ingkar arahan PKP.

Kecewa dengan keadaan itu, Nadzim menyatakan keluhan seorang warden penjara membuktikan bahawa semakin banyak tangkapan dibuat dan ia begitu mengecewakan berikutan kesalahan mereka hanya kecil.

Keluhan salah seorang warden penjara:

“ Asssalamualaikum, sekadar peringatan bersama dari kami warden penjara..

Penjara kini mula menerima pesalah2 PKP kategori juvana & dewasa. Setiap hari pasti ada kemasukan. Saya merayu saudara mara, sahabat handai agar menjaga anak masing2. Sedih tengok budak remaja khususnya bangsa kita yang akhirnya menjadi tetamu dalam tembok ini.

Kesalahan mereka kecil sahaja jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah lain yang lebih berat. Tapi kesannya hinga ke akhir hayat. Sebenarnya mereka tak layak untuk duduk bersama penjenayah lain. Tapi apa bole buat, kesalahan ini  dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Untuk makluman, apa yang anak-anak ini akan rugi:

#Mereka terasing dengan keluarga sehingga tamat perintah PKP. Keluarga tidak dibenarkan buat perjumpaan.

#Rekod sebagai banduan akan kekal hingga ke akhir hayat. Tida berpeluang untuk jawat jawatan kerajaan, tentera, polis, penjara jauh skali. Sayangnya ada antara mereka amat berpotensi.

#Walau hukuman maksimum 6 bulan, bagaimana dengan persediaan bagi mereka yang ambil UPSR, PT3, SPM dan lain-lain. Pasti banyak yang tertinggal.

#Dalam masa PKP ini, pasti tidak banyak program pemulihan banduan yang berlangsung seperti sebelum-sebelum ini. Tambahan tugas anggota penjara telah dihadkan.

Rumusannya mereka sekadar ‘disimpan’ untuk dilepaskan. Mohon semua awasilah anak masing-masing. Sayangilah masa depan mereka.

Nak salahkan siapa apabila berlaku lambakan rakyat-rakyat degil di penjara?

Salahkan kerajaan?

Salahkan ibu bapa?

Apa-apa pun kesedaran untuk mematuhi arahan PKP ni sepatutnya ada pada semua orang. Kita perlu patuhi PKP bagi membolehkan wabak ini dihentikan.️

Tinggalkan komen anda