Rakyat Degil, PKP Mungkin Dilanjutkan


shadow

PUTRAJAYA – Keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 14 April diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“PKP kedua ini belum diputuskan tetapi kita lihat laporan Kementerian Kesihatan, trend dari segi jumlah positif tidak menaik, ia mendatar.

“Kita doakan jika kepatuhan kepada perintah kawalan ini semakin baik. Saya percaya bukan setakat mendatar tapi mungkin akan menurun,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 562 individu ditahan semalam berbanding 583 individu pada hari sebelumnya, 31 Mac di sekatan jalan raya dan rondaan pihak polis kerana melanggar PKP.

“Ini menunjukkan terdapat 3.6 peratus penurunan dari segi jumlah tangkapan.

“Namun masih ramai di antara rakyat kita, masih berdegil terhadap setiap arahan yang dikeluarkan,”ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan sepanjang tempoh PKP ini, seramai 4,189 individu ditahan di mana 1,449 daripadanya telah didakwa di mahkamah kerana ingkar.

Menurutnya, hukuman bukan sahaja denda malah penjara turut akan dikenakan.

Tinggalkan komen anda