PKPD ke-6 dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Selayang


shadow

Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Selayang dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 3 Mei 2020, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, hari ini akan dilaksanakan PKPD yang ke-6 di atas nasihat Menteri kesihatan.

“Kerajaan telah memutuskan PKPD ke-6 pada Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan disekitar Pasar Borong Selayang yang melibatkan lapan parcel.

“Parcel tersebut dikenalpasti adalah seperti berikut parcel A, Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, parcel B, Jalan 6/3A dan 9/3A Pusat Bandar Utara, parcel C, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, parcel D, Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, parcel E 1, Taman Seri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, parcel E 2, Taman Seri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, parcel E 3, Taman Seri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, dan parcel F, Taman Batu View dan Taman batu Hampar, Kuala Lumpur.

“Itu adalah lapan parcel yang kita ‘lockdown’ bagi membendung jangkitan COVID-19 di kawasan tersebut dan langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan dan saringan kesihatan dapat kita lakukan dalam tempoh PKPD ke-6 dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan berharap penghuni diminta bertenang, berikan kerjasama, duduk dan jangan lari.

Tinggalkan komen anda