PKPD dua kawasan di Simpang Renggam tamat esok


shadow

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang di Johor akan ditamatkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penamatan PKPD bermakna kawasan tersebut akan diletakkan kembali di bawah PKP.

Beliau berkata, segala sekatan di kawasan itu akan ditarik balik manakala PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Mei depan.

Sementara itu, ditanya mengenai kes positif COVID-19 membabitkan peniaga di Pasar Borong Selayang, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, mengenai tangkapan ketika PKP, menteri kanan itu berkata polis menahan 606 orang kerana ingkar PKP semalam, menjadikan jumlah kumulatif ingkar perintah kepada 20,617 orang ditahan.

Tinggalkan komen anda