PUTRAJAYA – Pelajar di zon satu atau zon tengah dibenarkan pulang bermula malam esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Zon tengah ini adalah seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa universiti lain.
Ismail berkata, bagi pelajar yang berada di zon merah dan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasa, mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah.
“Bagaimanapun pelajar ini dibenarkan pulang ke rumah keluarga terdekat yang berada di zon hijau sehingga kawasan rumah mereka kembali diisytiharkan sebagai zon hijau.
“Ini antara perkara sedang dibincangkan dan diperhalusi Kementerian Pengajian Tinggi termasuk isu pelajar luar kampus yang tinggal di zon merah seperti di Kampung Baru yang ingin pulang ke kampung halaman,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini.
Oleh hal demikian, perkara ini akan dipertimbangkan iaitu pelajar luar kampus di zon merah mungkin perlu menjalani ujian swab bagi mengesan jangkitan COVID-19 sebelum dibenarkan pulang.
Namun, beliau menegaskan pelajar luar kampus yang berada di zon merah yang ingin pulang ke kampung halaman di zon merah, ia tidak dibenarkan sama sekali.
katanya lagi, sekiranya pergerakan merentas negeri diluluskan oleh kerajaan, ia hanya akan dilakukan selepas selesai proses pulang pelajar ke rumah masing-masing.
Tinggalkan komen anda