PUTRAJAYA – Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara berkenaan diputuskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga memutuskan semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan.
“Kerajaan telah mendengar pandangan rakyat serta mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tinggalkan komen anda