PKP : Adakah Malaysia perlu guna gelang tangan seperti Korea Selatan


shadow

Korea Selatan tetap mengambil langkah berjaga-jaga walaupun ia antara negara yang berjaya meratakan lengkung jangkitan wabak COVID-19.

Terkini, pihak kerajaan mereka akan menggunakan gelang tangan untuk mengesan rakyat yang melanggar Perintah Kuarantin.

Walaubagaimanapun, ia mendapat tentangan dari kumpulan hak manusia dan aktivis undang-undang kerana beranggapan menganggu privasi, justeru rancangan memperluaskan penggunaan gelang tangan dibatalkan.

Jelas, Pegawai Kerajaan berkata, penggunaan gelang tangan itu penting untuk mengawal orang ramai demi menangani virus COVID-19.

“Gelang tangan tersebut dilengkapi aplikasi pengesanan yang dipasang pada telefon pintar melalui Bluetooth, fungsinya apabila pemakai meninggalkan rumah atau cuba memusnahkan dan membuang alat itu, ia terus memaklumkan kepada pegawai bertugas,” katanya.

Patutkah Malaysia menggunakan juga gelang tangan seperti itu? Banyak inisiatif kerajaan gunakan seperti sekatan jalan raya, rondaan malah mengenakan kompaun tapi masih ramai yang berdegil serta melawan pihak berkuasa.

Terdahulu, Jumlah tangkapan kumulatif yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 11 April adalah sebanyak 8,125 individu.

Tinggalkan komen anda