Pipi gadis ditoreh lelaki tidak siuman


shadow

Seorang lelaki dipercayai tidak siuman menoreh pipi seorang wanita cedera di muka dengan pisau di Jalan Rumbia 46, Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan sedang mengambil daun pisang di depan rumahnya untuk membuat kuih dan kemudian didatangi suspek yang bertindak memanggil dan mengejar mangsa sebelum mengelar pipi mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis menahan lelaki berusia 29 tahun kira-kira jam 11.30 pagi tadi di belakang kedai gunting rambut di Taman Bukit Mutiara di sini.

“Polis merampas merampas sebilah pisau jenis Paper Blade yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan motif kejadian kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tinggalkan komen anda