Pengarah, Pengerusi Baharu QSR Brands


shadow

KUALA LUMPUR – QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melantik Nehchal Khanna dan Datuk Mustafha Hj. Abd. Razak sebagai Pengerusi baharu berkuatkuasa dari 1 April 2020, kelmarin.

Pelantikan ini berikutan persaraan Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil pada 31 Mac 2020.

Menurut Nehchal Khanna, ini adalah penghormatan dan tanggungjawab yang besar untuk memimpin QSR Brands dan memacu perniagaan ke hadapan di Malaysia dan rantau ini.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di QSR Brands untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan terus memperkukuhkan kedudukan sebagai jenama rangkaian makanan utama yang disayangi dan dipercayai oleh rakyat Malaysia.

“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Azahari di atas sumbangan, komitmen dan dedikasinya dalam memimpin pasukan QSR Brands sebelum ini.

“Bahkan, keghairahan, dedikasi dan kerja kerasnya tanpa mementingkan diri sendiri adalah teladan bagi saya dan semua kakitangan untuk diikuti. Dengan ini, saya akan mengambil tugasan memimpin QSR brands untuk bergerak ke hadapan,” katanya pada kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu, Nehchal adalah penasihat perniagaan korporat Johor Corporation, sebuah perbadanan pelaburan negeri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor dan pernah menjadi Pengarah Urusan di pejabat Singapura di Wall Street serta syarikat Morgan Stanley antara 2010 dan 2016.

Pengalamannya termasuk memberi nasihat mengenai beberapa transaksi terbesar bagi syarikat Malaysia termasuk Khazanah, Petronas dan Sime Darby. Sebelum menyertai Morgan Stanley pada tahun 2010, Encik Nehchal adalah Pengarah Urusan di Deutsche Bank di Singapura di mana beliau adalah Ketua Perbankan Pelaburan untuk Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, QSR Brands mengalu-alukan Datuk ‘Mustafha sebagai Pengerusi baharu dengan pengalaman profesional selama 24 tahun dalam sektor korporat dan perbankan di Malaysia.

Tinggalkan komen anda