Pembaca berita RTM, Farit Ismeth meninggal dunia


shadow

Pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, 66, telah meninggal dunia kerana kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Menerusi laman sosial Facebook RTM berkongsi berita sedih mengenainya, dukacita dimaklumkan mereka telah kehilangan sebutir permata hari ini.

“Farit Ismeth Emir, pembaca berita RTM atau lebih dikenali sebagai “Pakngah” di kalangan warga kerja RTM telah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

“Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulis RTM dalam satu hantaran.

Sementara itu, berita ini turut disahkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” tulis anaknya di media sosial pagi tadi.

Tinggalkan komen anda