Mudah Diingati, Pasangan Ini Namakan Anak Sanitiser


shadow

Sepasang suami isteri di sebuah negeri di utara India sepakat menamakan bayi mereka dengan nama unik iaitu Sanitiser.

Mereka mengambil keputusan untuk memberikan nama itu kerana mudah diingati berikutan menjadi keperluan orang ramai menggunakannya terutama ketika pandemik COVID-19.

Bapa bayi lelaki berkenaan, Omveer berkata, cecair pembasmi kuman itu kini banyak dibekalkan secara percuma kepada mereka memerlukan di seluruh negara dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada pandemik COVID-19.

“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya.

Terdahulu, sepasang suami isteri di Chhattisgarh, India juga telah menamakan anak kembar mereka Corona dan Covid.

Manakala pasangan petani di daerah Madhya Oradesh Sheopur, India pula menamakan bayi laki mereka Lock Down sempena mengingati perintah kawalan yang mereka hadapi sekarang.

Sumber: Harian Metro

Tinggalkan komen anda