Menteri PN Acah-acah Hero, Tapi…


shadow

Tak habis kisah Tiktok, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad sekali lagi dikecam oleh netizen kerana didakwa membazirkan Pakaian perlindungan peribadi (PPE) semasa melawat makmal Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar UiTM, Sungai Buloh semalam.

Beliau membuat tinjauan bagi melihat proses menguji sampel dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di hospital terbabit.

Pakar kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Isman Rusani turut menegur tindakan Noraini.

Beliau berkata, orang kenamaan (VIP) dan delegasi yang melawat makmal ujian Covid, tak perlu memakai pakaian PPE, mungkin hanya perlukan topeng muka dan jaga jarak 6 kaki.

“Bukankah lebih elok di disimpan PPE itu pada petugas barisan hadapan yang merawat pesakit,” katanya menerusi laman sosial Twitter.

Umumnya, Noraini telah memuatnaik gambar lawatannya itu di akaun Twitter beliau yang turut ditemani oleh beberapa orang yang memakai PPE.

Bukan pada ketika ini, semua orang patut menggelakkan diri dari mendekati hospital sekiranya tiada masalah kesihatan namun apa yang cuba dilakukan olehnya.

Jika ingin menunjukkan keprihatinan, tidak perlulah sampai ke tahap itu, bukan dalam bidang Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menguruskan hal tersebut.

Sepatutnya PPE yang khas untuk frontliner dek kerana orang kenamaan, dan mahu menjaga keselamatan mereka, pihak kesihatan pula perlu mengorbankan PPE tersebut.

Rupanya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan Noraini seorang sahaja malah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin juga dikritik kerana menyertai dan terlibat secara langsung dalam proses nyah kuman Covid-19 di sekitar Selangor.

Adakah ini gimik PN yang mahu meraih perhatian rakyat? Sudah-sudahlah, banyak lagi perkara lain yang anda semua boleh lakukan selain membuat gimik seperti ini.

Tinggalkan komen anda