Menjahit demi perjuangan menentang Covid-19


shadow

PANDEMIK Covid-19 menyebabkan masalah kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan, terutama doktor dan jururawat.

Beberapa individu kemudian mengambil insiatif menawarkan perkhidmatan mereka untuk menjahitkan PPE.

Fana Couture, pengeluar pakaian Muslim, menjahit tudung pakai buang untuk petugas barisan hadapan.

Hospital seperti HKL dan KPJ menghantar bahan yang kemudiannya dijahit oleh pekerja Fana Couture untuk dijadikan tudung pakai buang.

Setakat ini, mereka menyiapkan 200 hingga 300 tudung pakai buang untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – 4 April, 2020.

Pengasas Fana Couture, Azyliana Azam mencuba tudung PPE yang dihasilkan syarikatnya di Batu Caves, Selangor. –
Pekerja di Fana Couture sedang menjahit tudung untuk digunakan sebagai sebahagian kelengkapan PPE di pusat pengeluaran mereka di Batu Caves, Selangor.
Azyliana Azam dan suaminya melakukan pemeriksaan terhadap bahan yang digunakan untuk menjahit tudung PPE di pejabat Fana Couture.
Pengasas Fana Couture Azyliana Azam meneliti bahan yang digunakan untuk menghasilkan tudung PPE.

Tinggalkan komen anda