Mana hilangnya baki RM100 bantuan makanan COVID-19?


shadow

Isu bantuan makanan masih belum selesai meskipun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah perjelaskan hal berkenaan.

Memetik The Malaysian Insight, ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Fahmi menyifatkannya sebagai tidak wajar apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa hampir 10 peratus daripada jumlah RM100 dipotong untuk membayar kos pembungkusan.

Logikkah jawapan dari JKM tersebut? Apakah yang cuba mereka jelaskan sebenarnya? Kenapakah jawapan diberi banyak putar-belitnya?

Beliau berkata, pihaknya menerima 250 bungkus makanan dan masing-masing bernilai sekitar RM85 dan tidak diberitahu apa yang berlaku dengan baki nilai itu.

“Saya diberitahu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pembungkusan dan pengangkutan menjadikannya RM85 dan bukan RM100,” katanya.

Justeru, beliau menggesa supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen khas supaya ahli parlimen pembangkang dapat menuntut jawapan daripada menteri yang bertanggungjawab dalam tugas pengagihan makanan itu, iaitu Rina Harun.

Sementara itu, Maria Chin Abdullah dan P Prabakaran turut mendakwa bahawa pengagihan makanan tersebut dilakukan dengan tidak telus serta mengelirukan.

Sebelum ini, ahli parlimen Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu dan Ismail Sabri menafikannya setelah beliau menerima jawapan dari Rina Harun.

Mana pergi bakinya, jangan tutup kesilapan tuduh pihak lain. Kerajaan perlu mainkan peranan, jangan mengambil remeh baki dari nilai RM100 itu, bagi rakyat ia satu nilai yang besar.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menyiasat hal ini sedalam-dalamnya kerana bantuan makanan ini amat penting bagi rakyat khususnya golongan B40 yang paling terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tinggalkan komen anda