Malaysia Patut Bangga Adanya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah


shadow

Ketika seluruh dunia sedang menghadapi masalah virus COVID-19 yang makin berleluasa, termasuk Malaysia yang tidak terlepas dari serangan wabak tersebut.

Rakyat Malaysia sangat bernasib baik kerana mempunyai Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan komited dalam menangani penularan COVID-19, sehinggakan diiktiraf antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang Coronavirus oleh China Global Televisyen Network (CGTN), baru-baru ini.

Beliau adalah hero sebenar yang berkerja keras setiap hari demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Bukannya seperti Menteri Kesihatan yang hanya mahu mengejar populariti dari menjalankan tanggungjawab.

Malah, beliau berbangga apabila membuat telesidang video bersama 500 negara tapi cuma terdapat 195 negara di seluruh dunia dan motifnya adalah mahu diiktiraf dunia, nak jadi macam Dr. Noor Hisham Abdullah juga. Apakah ini?

Inikah sikap Menteri Kesihatan yang hanya mahu bermain-main sahaja sedangkan negara menghadapi masalah serius.

Namun, berbeza dengan cara dan sikap yang ditonjolkan oleh Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau seorang yang tenang dan berwibawa dalam memerangi COVID-19 ini justeru membuatkan rakyat yakin dan menyokongnya.

Tinggalkan komen anda