PUTRAJAYA – Kerajaan benarkan operasi pasar awam dilanjutkan dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang ketika bulan Ramadan, berbanding sebelum ini pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan kenderaan awam beroperasi lebih awal iaitu dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam, berbanding pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam sebelum ini.
“Kelonggaran waktu ini diberi bagi memudahkan umat Islam membuat persediaan berbuka puasa sepanjang Ramadan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan, prosedur operasi standard (SOP) PKP seperti yang diumumkan sepanjang PKP satu, dua dan tiga masih terpakai.
Umumnya, umat Islam dijangka menyambut satu Ramadan pada esok hari, 24 April 2020.
Tinggalkan komen anda