KPT: Kementerian Pengajian Tiktok?


shadow

Ketika kementerian lain bertungkus-lumus menangani wabak COVID-19, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad pula menghabiskan masa dengan berTiktok sehingga sanggup menganjurkan pertandingan bersama dua ‘influencer’ bagi menarik rakyat menyertainya.

Terlampau banyakkah masa beliau? Tidakkah pertandingan tersebut satu pembaziran? Adakah selepas ini Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) patut bertukar nama menjadi Kementerian Pendidikan Tiktok.

Sebelum ini, KPT, Dr. Mazlee Malik lebih mengambil berat mengenai aduan, laporan dan isu-isu berkaitan pendidikan namun menterinya sekarang mementingkan Tiktok.

Walaupun semua pengajian tinggi termasuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia tutup, takkan tak ada kajian atau usaha untuk mempertingkatkan lagi pendidikan di negara kita khususnya dalam keadaan sekarang ini.

Sekiranya ingin mengikut peredaran masa dan teknologi, janganlah lupa ‘title’ diri kita sampai menampakkan ketidakbijaksanaan dan memalukan, nak tarik perhatian pun berpada-padalah.

Umumnya, Tiktok merupakan aplikasi video pendek yang sangat popular di seluruh dunia termasuk Malaysia, ia telah menjadi satu fenomena kepada manusia abad ini tidak kira umur, darjat dan pangkat.

Tiktok ini boleh memberikan ketagihan kepada seseorang kerana terdapat pelbagai pilihan video dalam aplikasi ini untuk pengguna pilih dan melakonkan semula adegan tersebut. Lebih tepat, mereka bebas mengekspresikan diri.

Kegilaan manusia makin menjadi-jadi terhadap Tiktok sehingga ada sanggup mencederakan diri untuk mendapatkan ‘view’ yang banyak bagi memperoleh kemasyhuran dengan mudah. Ada juga cabaran dalam video itu boleh dikatakan merepek dan mengaibkan serta turut membawa kepada kecelakaan.

Menurut laporan Metro.co.uk, dua orang remaja maut akibat melakukan aksi cabaran ‘Skull Breaker’ di Tiktok. Selain kematian, ia boleh menyebabkan patah tulang belakang dan lumpuh.

Memetik The Sun, Tiktok juga mendedahkan remaja dan kanak-kanak seusia lapan tahun kepada dadah ketamine and MDMA. Video yang memaparkan seorang lelaki menghidu dadah tersebut mendapat lebih dari 20 juta penonton atau viewer.

 One video with almost a million views shows a user with a "Special K" cereal design spoon - a popular nickname for ketamine - drawing a heap of what appears to be the drug towards his face

Tahukah anda aplikasi ini boleh membawa kesan buruk terutamanya kanak-kanak. Beberapa negara seperti India, Bangladesh dan Pakistan mengambil tindakan menyekat aplikasi tersebut. Faktor utamanya adalah pornografi dan pedophilia, pemangsa seksual kanak-kanak.

Di Pakistan, Perdana Menteri, Imran Khan mengambil keputusan mengharamkan Tiktok selepas satu aduan dibuat oleh penduduk di daerah Nowshera, pengguna di sana menjadikan platform tersebut sebagai video berunsurkan seksual.

Jangan jadi menteri jika ingin menjadi pelawak atau pelakon, berhentilah serta-merta. Lakukan perkara viral yang membawa faedah, sesuatu perkara yang dilakukan mencerminkan keperibadian dan kepintaran individu tersebut.

Tinggalkan komen anda