Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu kluster baru jangkitan Covid-19 di Sendayan, Negeri Sembilan, di mana seramai 39 orang telah dijangkiti setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kita dapati ada penularan (wabak) di Sendayan, dan tindakan bersepadu sedang dilaksanakan oleh pegawai kita di lapangan.
“Kita berhadap dapat bendung (penularan) di sana,” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
Menurut Noor Hisham, antara mereka yang didapati positif Covid-19 di kawasan itu adalah 11 orang sekeluarga dan 13 pelajar sekolah tahfiz.
Katanya lagi, kluster Sendayan itu merupakan antara 28 kluster dan subkluster yang telah dikenal pasti KKM.
Ia peningkatan daripada 25 kluster dan subkluster seperti yang diumumkannya semalam.
Tinggalkan komen anda