Anwar Ibrahim hari ini berdepan soalan apakah yang akan dilakukannya bagi menangani wabak Covid-19 kalau beliau sekarang menjadi perdana menteri.
Presiden PKR itu ditanya soalan itu dalam sidang media atas taliannya hari ini.
Menjawab soalan itu Anwar berkata beliau bukan perdana menteri, tetapi menekankan kepentingan sidang khas parlimen bagi membincangkan masalah itu.
“Saya bukan perdana menteri, saya dah cadangkan. Ini cadangan, sidang parlimen yang khas. Bincanglah dengan semua, dah kata kita tak politik,” kata Anwar.
Tanpa menyebut secara khusus, Anwar mendakwa terhadap permainan politik diatur sehingga ke peringkat akar umbi.
“Apa kerja dia? Atur jentera politik dia di setiap daerah dan kawasan parlimen untuk bahagi dan potong musuh-musuh politik ini.
“Ini kerja haru-biru. Ini kalau tanya saya, Tan Sri Muhyiddin dan pasukannya betulkanlah keadaan begini?
Kalau cakapnya kita tumpu ekonomi dan rakyat, tak ada politik… tapi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) semua orang kita,” sindir Anwar, dipercayai merujuk kepada lantikan anggota parlimen kerajaan bagi menerajui GLC.
Tinggalkan komen anda