Irrfan Khan meninggal dunia


shadow

Pelakon terkenal Bollywood, Irrfan Khan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan kolon, hari ini.

Aktor berusia 54 tahun itu telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di hospital Kokilaben, Mumbai pada  Selasa kerana jangkitan pada usus besar.

Namun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan insentif di hospital tersebut.

Beliau didiagnosis menghidap tumor neuroendokrin dan menerima rawatan di United Kingdom, menurut laporan media antarabangsa.

Irrfan meninggal dunia di sisi isterinya Sutapa Sikdar dan dua anaknya, Babil dan Ayan.

Jurucakap beliau berkongsi kesedihan kepada peminatnya dan memuji semangat pelakon tersebut yang kuat melawan penyakit kansernya.

“Ini adalah hari yang begitu menyedihkan untuk memaklumkan pemergian beliau. Dia seorang pejuang hingga akhir hayatnya.

“Kami semua mendoakan dia akan tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, Irrfan pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Filem Kebangsaan , Anugerah Filmfare dan anugerah Padma Shri, penghargaan awam tertinggi India atas sumbangannya kepada seni.

Beliau juga menempa nama di layar perak antarabangsa menerusi filem Jurassic World, Slumdog Millionaire, Life Of Pi dan The Amazing Spider-Man.

Tinggalkan komen anda