Ingkar PKP : Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak mengaku bersalah


shadow

GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria mengaku salah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu majlis di Lenggong, minggu lalu.

Kedua-dua mereka termasuk 13 individu lain didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Majlis yang dihadiri mereka itu didakwa mengadakannya tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Perak, Razman Zakaria ketika tiba di Mahkamah Gerik.

Tinggalkan komen anda