Gara-gara Tidak Suka Bekerja Dengan Wanita: Menteri Pecat Pegawai


shadow

Selepas lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), salah satu kementerian menunjuk belang apabila memberhentikan seorang pegawai, hanya kerana beliau adalah wanita.

Kementerian tersebut memberi alasan bahawa beliau tidak suka bekerja dengan seorang wanita.

Memetik Malaysia Dateline, pegawai wanita tersebut dipindahkan ke kementerian lain yang telah berpecah dari kementerian asalnya itu.

Pegawai yang bertugas sejak kerajaan Barisan Nasional ini yakin apabila mendapat jaminan pegawai kanan menteri berkenaan untuk melaporkan diri di sana namun lain pula yang berlaku, beliau diberitahu mereka telah mempunyai orang lain untuk mengisi jawatan tersebut.

“Itulah nasib penjawat awam ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah, dalam sekelip mata sahaja mereka boleh kehilangan jawatan hanya kerana menterinya tidak suka bekerja dengan wanita,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata, pegawai kerajaan tersebut tetap setia dengan tugasnya tanpa memihak mana-mana parti walaupun jawatan beliau itu adalah dalam bentuk kontrak sahaja bukan tetap.

“Namun kerana beliau seorang wanita, beliau telah kehilangan pekerjaan ketika kerajaan PN memerintah.

“Nasib beliau tidak terbela kerana negara sedang huru hara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal Covid-19,” kata sumber itu.

Beliau memulakan kerjaya di bawah kementerian berkenaan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan disambung tugasnya semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mana keadilan kerajaan yang dikatakan kerajaan Melayu-Islam, tidak sepatutnya menganiaya rakyat sebegini sekali. Tidak logik langsung alasan menteri tersebut berikan, lakukan sesuatu bukan kerana kepentingan diri, jangan tutup periuk nasi orang.

Tinggalkan komen anda