COVID-19 : 99 pesakit discaj, 51 kes baharu dan dua kematian


shadow

PUTRAJAYA – Seramai 99 orang pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memetik Sinar Harian, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan memberangsangkan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan discaj kini meningkat kepada 3,762 kes atau 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga 12 00 tengah hari, terdapat 51 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan hari ini.

Beliau berkatanya, jumlah kumulatif kes kematian akibat pendemik itu di Malaysia akibat pendemik itu di Malaysia adalah sebanyak 98 kes.

“Kedua-dua kematian baharu itu melibatkan warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik,” katanya.

Tinggalkan komen anda