GENEVA – Pandemik koronavirus masih belum berakhir, kata amaran dari Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Gebreyesus.
Memetik Agensi, WHO melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.
Ia disifatkan masih mengganggu perkhidmatan kesihatan khususnya imunisasi bagi kanak-kanak di negara termiskin.
Beliau kata, ketika beberapa negara di Eropah melonggarkan sekatan susulan pengurangan kes, kami mendesak negara-negara ini mencari, mengasingkan, menguji dan merawat semua kes dan mengesan kontak untuk memastikan trend penurunan ini berterusan.
“Pandemik masih jauh lagi untuk berakhir, WHO bimbang dengan trend peningkatan dari Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia,” jelas Dr Tedros,
Katanya lagi, masih banyak yang perlu dilakukan buat masa sekarang.
Beliau juga yakin tindakan yang betul dapat membolehkan dunia mengelak jangkitan gelombang kedua.
Dalam pada itu, beliau turut bimbang dengan aspek kesihatan kanak-kanak yang terancam.
Disebabkan situasi kecemasan yang menyaksikan kawalan pergerakan seluruh dunia akan berlakunya kekurangan vaksin penyakit-penyakit seperti polio, campak, kolera, demam kuning dan meningitis.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 21 negara melaporkan kekurangan vaksin. Ia kesan dari penutupan sempadan dan gangguan perjalanan akibat pandemik COVID-19.
Tinggalkan komen anda