COVID-19 : Longgar pencegahan, buruk padah – WHO


shadow

Amaran dari Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) kepada semua negara agar berwaspada dalam memberi kelonggaran di kala pandemik itu masih menular.

Menurut ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ‘situasi terburuk’ wabak itu masih belum berlaku.

“Percayalah, keadaan terburuk bakal berlaku, ayuh kita cegah tragedi ini. Virus ini masih belum difahami ramai orang,” katanya di ibu pejabat WHO semalam.

Ia susulan tindakan kebanyakan negara yang mula melonggarkan langkah pembatasan.

Setakat ini, COVID-19 telah menjangkiti kira-kira 2.5 juta orang dan membunuh lebih 166,000 penduduk dunia.

Sementara itu, ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr. Maria Van Kerkhove turut menggesa seluruh dunia meningkatkan tahap waspada kerana jangkitan koronavirus ini boleh merebak ke sebahagian besar penduduk.

“Virus itu dapat merebak lagi, justeru, kita perlu memastikan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan dilakukan dengan berhati-hati,” katanya.

Beberapa negara di Asia dan Eropah secara beransur-ansur melonggarkan langkah-langkah kawalan seperti kuarantin, penutupan sekolah, perniagaan dan sekatan pada perhimpunan awam dengan alasan penurunan jumlah kes kematian COVID-19.

Tinggalkan komen anda