COVID-19 : Lebih 100,000 kes positif di enam negara


shadow

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini 2.1 juta selepas pertambahan lebih 90,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah negara yang mencatat lebih 100,000 kes positif kini meningkat kepada enam dengan pertambahan United Kingdom (UK).

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu apabila merekodkan lebih 670,000 kes positif COVID-19.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 184,000 dan 168,000 kes secara keseluruhan.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah negara yang mencatat lebih 100,000 kes positif kini meningkat kepada enam dengan pertambahan United Kingdom (UK).

Sementara itu, Perancis mencatatkan kes positif keempat terbanyak dengan 147,000, diikuti dengan Jerman sebanyak 136,000.

Pertambahan kira-kira lima 5,000 kes positif baharu meletakkan United Kingdom (UK) di tempat keenam dengan 104,000 kes.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda