LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan stabil pada malam pertama di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di London.
Menurut jurucakap Downing Street, keadaan beliau stabil dan sedang menerima rawatan oksigen tanpa bantuan lain.
“Dia tidak memerlukan pengudaraan mekanikal atau sokongan pernafasan yang tidak invasif,” kata jurucakap itu sambil menambah bahawa Johnson tidak menghidap radang paru-paru.
Johnson, 55, mengumumkan beliau positif jangkitan koronavirus pada 27 Mac dan berada dalam tempoh pengasingan diri.
Selepas demam lebih seminggu, beliau kemudian dimasukkan ke hospital Guy dan St Thomas di London pada Ahad dan dipindahkan ke penjagaan intensif pada petang Isnin susulan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
SUMBER : AWANI/AGENSI
Tinggalkan komen anda