COVID-19 : Angka kematian seluruh dunia cecah 210,000


shadow

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan peningkatan 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini mencecah 210,000.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 50,000 kematian dengan keseluruhan 55,000.

Itali mencatatkan pertambahan 333 kematian dengan jumlah korban kini merekodkan 26,977.

Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan pertambahan 331 dan 437 kematian dengan keseluruhan kedua negara merekodkan kematian melebihi 23,000.

United Kingdom (UK) menjadi negara kelima tertinggi merekodkan jumlah kematian dengan 21,092 iaitu pertambahan 360 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 7,000.

SUMBER – AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda